ourstory

Latar Belakang

Sejarah U Bestari Educational Centre

Ditubuhkan pada tahun 2002 oleh pasangan suami isteri Tn Hj Mohamad Zainuddin dan Hjh Umi Salamah. U Bestari bermula dengan hanya 30 pelajar dan sejak itu terus berkembang dan kini telah mendidik lebih daripada seribu lima ratus pelajar.

        Visi kami adalah melahirkan anak-anak yang cinta Allah dan Rasul (Passionate for Allah & Rasul) dengan mencontohi kehidupan & akhlak mulia dan terpuji Nabi Muhammad SAW.

        Kejayaan yang hakikat adalah apabila kita dapat membawa ketaatan yang sempurna kepada Allah swt dengan cara nabi saw, berjaya mendapat keredhaan Allah SWT dan akhirnya  berkumpul di syurga Allah SWT. Kami ingin melihat setiap anak “U Bestari”mempunyai akhlak sehampir Rasullullah saw dan para sahabat.

Misi Dan Visi

Misi kami adalah untuk membina satu konsep pembelajaran yang ceria, mudah dicapai dan holistic berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris menjadi Bahasa fokus sebagai platform kearah misi yang amat penting dan mulia ini.

UCAPAN PENGERUSI
Hj Mohamad Zainuddin B Hj Abu Bakar
Bachelor in Law (UITM) Diploma Syariah (UIA)

Alhamdulillah, misi “U Bestari Educational Centre” ialah untuk menerapkan pendidikan awal dan pengasuhan awal kanak-kanak mencintai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Dari rasa cinta ini anak-anak akan mempunyai asas yang kuat untuk mentaati segala perintah Allah SWT dan mencontohi kehidupan Nabi SAW. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris di jadikan fokus supaya anak-anak dapat membina asas yang kuat dalam menghidupkan Al-Quran & Sunnah dan menjadi pemimpin tauladan tanpa sedikit pun merasa ketinggalan di tengah-tengah kemajuan dunia atau pun terkesan dengan kepesatan dan kehebatan dunia. Semoga semua anak-anak dan ibu bapa yang telah bersama “U Bestari” selama 14 tahun terus maju, diberkati dan dirahmati Allah SWT sepanjang masa. Ameen.

UCAPAN PENGETUA
Hjh Umi Salamah Binti Hj Zainal Abidin
Bachelor Business Administration (UIA)
Diploma Business Studies (UITM)

Matlamat utama pendidikan “U Bestari Educational Centre” adalah melahirkan anak-anak yang mencintai Allah dan Rasul. Mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah SWT dengan mencontohi kehidupan dan akhlak Nabi saw. Kami juga memberi fokus kepada ``public speaking skills`` sebagai alat kemahiran dunia. Berkonsepkan pendidikan yang seimbang dan holistik, kami yakin anak-anak akan menjadi ``Penyejuk mata`` ibu & ayah, berakhlak mulia dan cemerlang di dunia dan akhirat. Ameen.
Aktiviti Tahunan

Story Telling

Sports

Study Trip

Convocation & Awards

Musical Theatre

Studio Photography